Thursday, November 29, 2012

Kisah Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat

Kisah Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat | Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat! Subhanallah! Kisah Bestingin mengingatkan para pembaca agar sentiasa mendahulukan Allah dalam apa kerja yang sedang dilakukan. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari kita susuri kisah yang hebat ini.





Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya?Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia, di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Friday, November 23, 2012

Apa Cerita Patung Ni??

Kalau dilihat dari sisi ini..kita akan tertanya.. apa yang perempuan ni wat




lagi 3 keping gambar seterusnya menceritakan apa yang terjadi sebenarnya

sebenarnya, patung ini terletak berhadapan dengan Sazka... Republik Czech.. iaitu syarikat judi terbesar di sini. Patung ini kalau dilihat isteri sedang memeluk peha suaminya dalam keadaan menangis.







si suami pula sedang memegang nota dan no judi




dan terdapat banyak duit disebelah suami..
Jadi.. pengajarannya ialah.. si isteri yang merayu pada suami supaya jangan berjudi..


Thursday, November 22, 2012

Ibu....Ayah....Kenapa Begini??

Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..." 9 bulan lagi 
saya akan dapat melihat dunia. Oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. Tapi takper la, penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu. Hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perutnya. Saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perut.

Ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya, ibu terpaksa sakit perut segala..." tapi apa kan daya mulut saya belum terbentuk sempurna. Tapi kan saya sungguh pelik. Kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? Tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. Oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perut agaknya...
Malam nih ibu tidur lewat. Ibu tunggu ayah barangkali. Mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? Sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. Ibu..... saya sejuklah. Tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. Takper, saya rela bersejuk. Sampai 2pagi baru ayah datang. Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
Kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perut, mana boleh ngorat. Tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. Bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise. Romantiknya ibu ayah saya!! Mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

Tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
Cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perut ibu. bergegar saya dalam perut ibu.
Apa nih ayah, saya sakit lah. Belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
Saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. Tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham.... Then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
Ayah tolak. Aik, takkan dorang nak beromantik kat sini kot? Ganasnya ibu ayah saya. Tiba-tiba ayah pijak perot ibu. Adoi sakitnya saya!
Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. Jom lah kita kawin..." Ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
Yer la, saya pening di sepak terajang. Tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
Kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
Kenapa...................

Lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi. Ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. Ibu duduk dengan kawan dia. Aunty Mira kot nama dia.
Saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas. Saya sakit tau bila ibu minum air nenas? Tapi... ibu sayang saya. Jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
Tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. Pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. Saya tak paham lah kenapa. Kenapa yer korang?
Makin lama, saya makin besar. Ibu dah tak penah keluar rumah.
Yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. Jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidur.

Saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. Mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
Nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu.. Oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. Dia tengok ibu. Dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. Ohh, rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. Mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. Sukanya saya.
Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah nih pandai bergurau lah. Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
Ayah tak pegang pon saya. Mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.

Tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe. Dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perut ibu.
Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah.
Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? Kenapa ibu tak pergi hospital pon? IBU, SAYA NAK KELUAR NIH..... ibu mengerang dan meneran kuat.
Saya nampak aunty Mira duduk tepi katil dan biar ibu terus meneran dan keluarkan saya. Aunty Mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..." dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
Kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan? Maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. Saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. Itu janji saya pada ibu.... dan ayah. Aunty Mira letakkan saya dalam kain batik. Ape la aunty nih mandi kan la saya. Tak seronok lah ada darah-darah nih. Karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. Ibu dah la tengah terbaring sakit.

Wah indah nya dunia. Ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. Akhirnya saya terkeluar juga. Nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas. Tiba-tiba ayah datang. Ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. Ayah angkat saya laju-laju . Rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe. Ayah bawak saya keluar rumah.

Ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU. Dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. Tapi ruang yang terbuka cuma kecil. Ayah tutup saya dengan beg kerjanya. Sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. Saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok. Tak sabarnya di peluk, di cium.... dan ayah berenti di satu rumah flat. Mungkin nenek dan atok saya duduk sini. Ayah bawak saya naik atas, guna tangga. Kenapa tak guna lif ayah? Saya kan berat kesian ayah. Nanti saya balas jasa ayah yer. Sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. Sunyi tempat tu.
Mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. Ayah ni kan...... ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. Ayah ikat semua sekali. Sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELUM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELUM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELUM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELUM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

Dan saya rasa saya tercampak jauh..
Berlegar-legar sebentar sebelum terus jatuh mencium tanah.
Sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah............. Mungkin saya di takdirkan untuk hidup hanya setakat ini. tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH AYAH KU.......
TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIDUP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDUP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDUP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDUP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...



























kemenangan Islam

Alhamdulillah.. ♥

Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Rejim Zionis Laknatullah & Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah. Antara syarat gencatan senjata ialah :

1: Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut.


2: Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3: Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.

4: Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24 jam genjata berlangsung.

5: Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.

Diharap Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden baru Mesir yang digeruni Yahudi Laknatullah tidak akan berlembut dengan Yahudi Laknatullah sekiranya pihak Yahudi Laknatullah melanggar perjanjian Gencatan Senjata yang telah dipersetujui.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!!!





ikhlas kerana Allah :')

Kebesaran Allah S.W.T


Subhanallah...

"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketubang yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara spy kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.







Wednesday, November 21, 2012

Pray for GAZA



Ya Allah. Bantulah saudara dan saudari Islam

kami di Palestine Ya Allah.... Tanamkan lah 

perasaan gerun ke dalam hati-hati tentera 

Israel laknatullah... Amin.


18 Perkara yang Pompuan inginkan Dari Lelaki




1. Beramal solehPerempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bersikap adilYang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.


3. Bertanggung jawabLelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.


4. Bertolak ansurPerempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.


5. IkhlasSeorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini


.6. Ingin dimanjaPerempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.


7. Kasih sayangApa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati


8. KejujuranJujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.


9. KepercayaanPerempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.


10. KesetiaanApa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.


11. Lemah lembutPerempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.


12. MemahamiSering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.


13. MemimpinSeorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?


14. Mempunyai pekerjaanBukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.


15. PerhatianYang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.


16. PerlindunganPerempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.


17. RajinApabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.


18. RomantikDan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.


Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.